Kelas Asas Multimedia (Canva)

11 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2022 (Selasa), telah berlangsung kelas Asas Multimedia iaitu membuat Resume digital menggunakan Canva. Kelas ini dihadiri oleh seorang ahli PEDi Taman Sepakat Jaya. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi menunjuk ajar cara-cara membuat resume menggunakan laman sesawang Canva kerana Canva mempunyai banyak rekaan resume yang boleh digunakan secara percuma.

Peserta telah dibimbing cara untuk memasukkan maklumat yang sesuai dan yang penting kedalam resume supaya menarik perhatian majikan yang menawarkan jawatan kosong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali